
Majlis Perasmian Program Ging Borneo Tour Melaka sempena World Tourism Day Melaka 2025 telah disempurnakan oleh En Gangga yang mewakili Pengurus Besar Tourism Melaka.
Turut hadir ialah Encik Shone Majibun, Presiden Land Rover Club Negeri Sabah; En. Mohd Raden Anwar, CEO Wadah Technologies; En. Mohd Yazid Bin Musa, Timbalan Pengerusi Persatuan Usahawan Automotif Negeri Melaka; Tuan Haji Idzham Hadi Sidik, Penyelaras Program; dan Encik Hillary Francis @ Alleyboy, Pengerusi TID 4×4 Club Penampang, Sabah, bersama para dif kehormat lain.
Program ini menghimpunkan 35 peserta dari Sabah, Sarawak, Melaka, Selangor dan Pantai Timur, dan turut disertai oleh delegasi media antarabangsa dari Sri Lanka seramai 15 orang. Ia bertujuan mempromosikan Melaka sebagai tuan rumah World Tourism Day 2025, menerusi jelajah pelancongan merentas Semenanjung dari 24 hingga 30 Jun 2025.
Inisiatif ini diharap menjadi acara tahunan yang menyokong kempen Tahun Melawat Melaka 2024–2026, sekaligus memperkukuh sektor pelancongan domestik dan antarabangsa.
Program ini dianjurkan bersama oleh Bahagian Promosi Pelancongan JKMM, Persatuan Usahawan Automotif Negeri Melaka, dan Wadah Technologies, dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim.