

🇲🇾 Meriahnya Keretapi Sarong di Menara Taming Sari!
Suasana penuh warna, ceria dan semangat patriotik mewarnai Menara Taming Sari menerusi Program Keretapi Sarong! 🇲🇾✨
Peserta tampil bergaya dengan sarong dan pakaian tradisional pelbagai kaum, menjadikan suasana semakin meriah dan unik. Gelak tawa, senyuman serta semangat kebersamaan jelas terpancar dalam setiap detik yang dirakam.
Program sebegini bukan sahaja menghidupkan suasana sambutan Hari Malaysia, malah menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan cinta terhadap warisan budaya Malaysia.
Program turut di meriahkan dengan penampilsn istimewa Noraniza Idris yang menyampaikan lagu irama Malaysia.