
Kunjungan Delegasi Antarabangsa ke Menara Taming Sari Sempena WTD 2025 & TMM 2026
29 September 2025 – Menara Taming Sari (MTS) telah menerima kunjungan delegasi – delegasi sempena Program Sisipan Hari Pelancongan Sedunia (WTD 2025) serta Sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM 2026) di Melaka.
Sepanjang lawatan tersebut, para delegasi telah dibawa merasai sendiri pengalaman unik menikmati keindahan panorama bandar Melaka di ketinggian 80 meter. Tambahan pula, mereka juga dipersembahkan dengan tarian “Selamat Datang” & joget lambak oleh penari – penari cilik dari Sk Duyong, turut di sertai oleh semua kakitangan MTSB bagi memeriahkan.