Operation Hours : 9 a.m - 10 p.m (weekdays) / 9 a.m - 11 p.m (weekend & public holidays)
Operation Hours : 9 a.m - 10 p.m (weekdays) / 9 a.m - 11 p.m (weekend & public holidays)
Eng
Operation Hours : 9 a.m - 10 p.m (weekdays) / 9 a.m - 11 p.m (weekend & public holidays)
Operation Hours : 9 a.m - 10 p.m (weekdays) / 9 a.m - 11 p.m (weekend & public holidays)
Saya selaku Pengerusi Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) bersama Encik Nasrul Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif serta seluruh kakitangan MTSB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka atas kesudian merasmikan Pejabat Urusan baharu Menara Taming Sari hari ini.
Pejabat baru ini terletak berdepan Menara Taming Sari, menara ikonik pelancongan negeri Melaka.
Sebelum ini, pejabat MTSB terletak di bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh. Saya merasakan lokasinya agak jauh dan kurang sesuai untuk terus dijadikan pejabat pentadbiran.
Malahan, kita terpaksa menanggung dua kos pentadbiran pejabat, satu di Ayer Keroh dan satu lagi ‘mobile office’ di Menara Taming Sari.
Bukan itu sahaja, faktor jarak jauh ini juga telah memberi kesulitan kepada para pelanggan seperti travel agent, vendor dan penyewa untuk berurusan dengan pihak pengurusan MTSB.
Lantaran itu, saya telah mencadangkan supaya sebuah pejabat baharu perlu dicari yang berdekatan dengan Menara Taming Sari.
Hasilnya ini lah pejabat pentadbiran baru bagi MTSB yang terletak betul-betul di hadapan menara.
Semoga dengan adanya pejabat baru ini dapat melancarkan urusan pentadbiran MTSB seterusnya akan merancakkan lagi jualan tiket Menara Taming Sari.