Operation Hours : 9 a.m - 10 p.m (weekdays) / 9 a.m - 11 p.m (weekend & public holidays)
Operation Hours : 9 a.m - 10 p.m (weekdays) / 9 a.m - 11 p.m (weekend & public holidays)
Eng
Operation Hours : 9 a.m - 10 p.m (weekdays) / 9 a.m - 11 p.m (weekend & public holidays)
Operation Hours : 9 a.m - 10 p.m (weekdays) / 9 a.m - 11 p.m (weekend & public holidays)
PENYERTAAN TOURISM MELAKA DI ITB BERLIN 2025
Tourism Melaka menyertai ITB Berlin 2025 yang sedang berlangsung dari 4 hingga 6 Mac 2025 di Messe Berlin, Jerman, sebagai sebahagian daripada delegasi Malaysia yang diketuai oleh YB Dato’ Seri Tiong King Sing (拿督斯里张庆信), Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, bersama YBhg. Datuk Manoharan Periasamy, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.
Saya mengetuai sendiri Delegasi Kerajaan Negeri Melaka selaku Exco Pelancongan, Warisan, Seni & Budaya Melaka bersama Tourism Melaka, Menara Taming Sari dan Melaka River Cruise.
Pavilion Malaysia yang dirasmikan pada 4 Mac 2025, menampilkan 6 Pejabat Pelancongan Negeri, 16 Pengendali Pelancongan, 15 Hotel & Resort, 2 Produk Pelancongan dan 1 Persatuan Sukan Malaysia, sebagai platform memperkukuhkan hubungan dengan ejen pelancongan antarabangsa.
Tourism Malaysia dan Tourism Melaka mengambil peluang mempromosikan Kempen Tahun Melawat Melaka 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dengan menekankan konsep pelancongan berkualiti dan lestari, termasuk eko-pelancongan, pelancongan budaya dan warisan serta gastronomi.
Tourism Melaka turut mengetengahkan keistimewaan negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia dengan menonjolkan tapak warisan dunia UNESCO, kepelbagaian budaya serta makanan tradisional yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Sebagai sebahagian daripada delegasi Malaysia, Tourism Melaka mengadakan sesi pertemuan perniagaan dengan pemain industri pelancongan dari Jerman dan Eropah, bertujuan menarik lebih ramai pelancong Eropah ke Melaka dengan memperkenalkan pakej pelancongan khas dan menjalin kerjasama strategik dengan syarikat pelancongan antarabangsa.
Menara Taming Sari dan Melaka River Cruise turut memainkan peranan dalam memperkenalkan pengalaman unik kepada pelancong antarabangsa. Beberapa rundingan awal bersama dengan syarikat pelancongan utama dari Jerman yang menunjukkan minat untuk membawa lebih ramai pelancong ke Melaka.
Penyertaan Melaka dalam ITB Berlin 2025 bakal memperkukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia. Sesi pertemuan perniagaan yang diadakan berpotensi membuka peluang baharu bagi meningkatkan ketibaan pelancong ke negeri ini. Dengan keunikan sejarah, budaya, makanan yang enak serta hospitaliti yang luar biasa, Melaka bersedia menerima lebih ramai pelancong dari seluruh dunia.
Mana Lagi? Melaka Ler…
Ab Rauf Yusoh
#VisitMelaka | #ITBBerlin