
Perhimpunan Bulanan merupakan platform syarikat untuk memberikan halatuju, amanat, motivasi dan ‘Update’ terkini syarikat. Perhimpunan ini dihadiri oleh hampir keseluruhan wargakerja Menara Taming Sari dan Pihak Pengurusan.
Di dalam sesi ucapan. Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Nur Azan Hasan menekankan pentingnya untuk wargakerja MTS untuk bersedia menghadapi cabaran pada alaf baru dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan di dalam bidang yang berkaitan. Pada sesi ini warga MTS yang menyambut ulangtahun turut diraikan oleh semua.