

Selesai sudah Perarakan Hari Kebangsaan 2026 bersama Kontinjen Portfolio Pelancongan, Warisan, Seni & Budaya Melaka. 🇲🇾
Syabas dan tahniah kepada seluruh ahli kontinjen yang telah memberikan komitmen, tenaga serta semangat patriotik yang luar biasa sepanjang perarakan berlangsung. Penyertaan ini bukan sahaja memeriahkan sambutan kemerdekaan, malah turut mengetengahkan keunikan sektor pelancongan, keindahan warisan serta kepelbagaian seni dan budaya Negeri Melaka.
Semoga semangat perpaduan dan kecintaan terhadap negara terus subur dalam diri kita semua. Selamat Hari Kebangsaan! Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾✨