Menara Taming Sari
Rancang Lawatan Anda
Bird eye's view Melaka


KAMI SENTIASA BERSEDIA UNTUK ANDA.
Adakah anda merancang untuk melawat Menara Taming Sari dan mempunyai pertanyaan mengenai cara membeli tiket, kadar bayaran, cara untuk ke menara serta aktiviti yang boleh dilakukan apabila anda tiba di sana?
Menara Taming Sari boleh diakses melalui pelbagai jenis pengangkutan awam yang terdapat di sekitar bandar Melaka. Pengunjung boleh menggunakan bas, teksi atau perkhidmatan e-hailing untuk sampai ke lokasi menara dengan mudah.
Tidak. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke Menara Taming Sari.
Jika tiket dalam talian bagi tarikh yang dipilih telah habis, anda masih boleh membeli tiket secara terus di kaunter tiket Menara Taming Sari untuk digunakan pada hari yang sama.
Sekiranya anda mempuyai tarikh lawatan, anda juga boleh menyemak kalendar tempahan bagi mencari tarikh lain yang masih mempunyai kekosongan tiket.
Anda dinasihatkan untuk merancang masa lawatan sekitar 15 hingga 30 minit.
Menara Taming Sari dibina dengan ciri keselamatan yang membolehkan individu kurang upaya turut serta dalam lawatan.
Pembelian tiket adalah tertakluk kepada tempahan tarikh dan masa lawatan, dan parameter ini tidak boleh diubah sebaik sahaja pembelian anda disahkan. Semasa membuat pembelian, anda akan dipaparkan ringkasan tempahan sebelum ia disahkan. Emel pengesahan akan dihantar sebaik sahaja pembayaran diterima, sebagai pengesahan maklumat yang telah anda sahkan.
Ya, kami menyediakan kemudahan tandas dan tempat menukar lampin bayi dengan bayaran masuk minimum.
Kanak-kanak di bawah umur 2 tahun adalah masuk secara percuma (bukti seperti kad pengenalan mungkin diminta). Tiket kemasukan percuma akan diberikan. Bagi lawatan sekolah, sila rujuk kepada kadar harga khas yang disediakan untuk rombongan sekolah.
Untuk mengurangkan masa menunggu, disarankan supaya anda membeli tiket lebih awal melalui perkhidmatan tempahan dalam talian, di mana anda boleh memilih tarikh dan masa lawatan bagi mengelakkan beratur panjang.
Menara Taming Sari tidak memberikan kemasukan percuma kepada pemegang Kad Guru. Walau bagaimanapun, kadar harga khas untuk kumpulan sekolah boleh didapati dengan membuat tempahan awal bagi tarikh dan masa lawatan melalui laman tempahan tiket dalam talian.
Ya, Menara Taming Sari menawarkan kadar harga yang lebih rendah kepada pemegang kad OKU.