Waktu Operasi : 9 pagi - 10 malam (Isnin - Jumaat) / 9 pagi - 11 malam (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Waktu Operasi : 9 pagi - 10 malam (Isnin - Jumaat) / 9 pagi - 11 malam (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Eng
Eng

Menara Taming Sari

Terokai

Bird eye's view Melaka

tarikan

NIKMATI PENGALAMAN MENAIKI MENARA TAMING SARI DAN JADIKAN LAWATAN ANDA KE MELAKA LEBIH BERMAKNA.

Sertai pengalaman menaiki menara dan jadikan lawatan anda ke Melaka satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Menara pandangan 360° ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari ketinggian 80 meter di udara. Perjalanan selama kira-kira 7 minit ini membolehkan pengunjung menikmati panorama indah bandar Melaka, sebuah bandar yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Antara lokasi menarik yang dapat dilihat ialah Bukit St. Paul, Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Muzium Samudera (kapal Flor de la Mar), Sungai Melaka, Dataran Pahlawan, Masjid Selat Melaka, Pulau Besar serta keindahan Selat Melaka.

Sambil menikmati pengalaman melihat pemandangan dari udara yang mengujakan, pengunjung juga dapat menyaksikan pembangunan pesat yang sedang berlaku di negeri Melaka.

Dengan ketinggian keseluruhan menara sekitar 110 meter dari tanah hingga ke puncak dan dibina menggunakan teknologi dari Switzerland, kabin kaca yang berputar ini mampu memuatkan sehingga 66 orang penumpang bagi setiap sesi pemandangan di Menara Taming Sari.

Spesifikasi Menara

Menara Taming Sari (Menara tinjau 360°)
Nama
110 meter
Ketinggian menara
66 orang bagi setiap sesi
Kapasiti penumpang
Switzerland
Teknologi digunakan
± 7 minit setiap pusingan
Tempoh perjalanan